WELCOME TO MY BLOG : MY TRAINING ACTIVITIES

SELAMAT DATANG UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN:

KURSUS DAN LATIHAN PEMBANGUNAN INSAN ADALAH MERUPAKAN AKTIVITI SAMPINGAN DAN JUGA TANGGUNGJAWAB SOSIAL, DI SAMPING MERUPAKAN HOBI DI WAKTU ADA KELAPANGAN.

About Me

Seri Iskandar, Perak, Malaysia
Married with four kids. Wife - Nor Asiha Alias

Tuesday, December 21, 2010

PARTICIPANTS' DEVELOPMENT PROGRAM EMBA 10 &11 UiTM PERAK





Participants' Development Program adalah merupakan program wajib bagi para pelajar Executive Master Business Administration. Bagi pelajar EMBA 10 dan 11 UiTM Perak, program tersebut telah diadakan pada 18 da 19 Disember, bertempat di Swiss Garden Golf Resort and Spa Damai Laut Lumut Perak. Berperanan sebagai Pengarah program dan ketua fasilitator, program tersebut telah dilaksanakan dengan bantuan En. Hatta, En Mohd Afandi, En. Nasir dan En Azmi dengan bantuan pembantu fasilitator (Anas dan Hasnan). Program tersebut telah diketuai oleh PM Dr. Norlida Mohd Noor (koordinator EMBA/DBA). Objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan pengurusan masa, kerja berkumpulan, mampu bekerja dalam tekanan, perkongsian kemahiran kebolehan dan sumber.

Thursday, December 16, 2010

KURSUS TRAINING OF TRAINERS MODUL KENEGARAAN



Kursus TOT modul kenegaraan UiTM Perak telah diadakan pada 8 hingga 10 Disember 2010 di UiTM BandarayanMelaka. Seramai 80 orang pensyarah dan staf pentadbiran telah mengikuti kursus tersebut. kursus tersebut melatih fasilitator untuk mengendalikan modul kenegaraan bagi pelajar UiTM Perak. Bertindak sebagai trainers/fasilitator bersama lima orang fasilitator lain yang diketuai oleh En Idrus Abd Shukor, kursus tersebut telah selamat dilaksanakan dengan jayanya.

Sunday, October 24, 2010

MAJLIS ETIKA DI MEJA MAKAN FPTP UiTM PERAK



15 Oktober 2010. Majlis Etika di meja makan telah diadakan di hotel Syuen Ipoh. Seramai 140 orang pelajar tetlah menghadiri majlis tersebut di ketuai oleh Pn Hajjah Kalsom Abd. Rahim koordinator kursus OMT 100. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua koordinator fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat UiTM Perak En. Md Lehan bin Parimun.
Majlis ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang etika di meja makan, sebagai sebahagian dari silibus kursus Personaliti Development bagi pelajar semester satu.

Thursday, October 14, 2010

KURSUS PERSONALITY DEVELOPMENT PENSYARAH FSKM UiTM PERAK

Kursus tersebut telah diadakan pada 8 Oktober 2010 bertempat di dewan mini CS. Seramai lebih kurang 50 orang pensyarh Fakulti Sains komputer dan Matematik telah mengikuti kursus tersebut. Ia telah disertai sama oleh pensyarah dari Fakulti Perakaunan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Ditugaskan untuk memberi ceramah berkaitan dengan pembangunan personaliti yang positif dan unggul. Personaliti yang baik akan mempengaruhi pergaulan, penampilan serta penonjolan individu di kalangan rakan sekerja dan juga masyarakat. Ia mempengaruhi proses penerimaan masyarakat terhadap seseorang individu serta mempengaruhi proses kenaikan pangkat dalam pekerjaan. Tiga aspek personaliti ynag diberi penekanan adalah "Personality development", "Social skills" dan "people skills". Kursus ini telah dirasmikan oleh En Nadzri Mohammad Ketua Koordinator fakulti sains Komputer dan Matematik UiTM Perak.

Sunday, September 26, 2010

KURSUS BINA INSAN (SURVIVAL 5) FAKULTI PERAKAUNAN UiTM PERAK
















Kursus Bina Insan (Survival 5) Fakulti Perakaunan UiTM Perak bagi siswa/siswi semester 4 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian telah diadakan pada 24-26 September 2010. Dipengerusikan oleh Pn Maizura, kursus ini telah diadakan di Nur Lembah Lenggung. Seramai kira-kira 75 orang pelajar telah mengikuti kursus tersebut. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan persediaan minda, fizikal dan emosi bagi mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa. Penekanan diberikan terhadap konsep mengenali kekuatan dan kelemahan diri dan menyusun strategi untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang. Menanam sikap positif dan komunikasi yang asertif serta berkesan juga konsep bekerja sebagai satu kumpulan adalah merupakan objektif kursus ini. Berperanan sebagai trainer dan fasilitator, kursus ini telah mendapat maklumbalas yang positif dari kalangan para peserta.










Sunday, August 29, 2010

CERAMAH KETUANAN MELAYU PELAJAR UiTM PERAK


25 Ogos 2010. Menyampaikan ceramah Ketuanan Melayu bagi pelajar semester 2 yang mengambik kokurikulum Kesatria Negara. Memberikan kesedaran kepada para pelajar akan cabaran yang dihadapi dari aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Mereka harus memperlengkapkan diri dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan bagi mempastikan mereka bersedia untuk mempertahankan ketuanan Melayu.

CERAMAH KETUANAN MELAYU PELAJAR KESATRIA UiTM PERAK

24 Ogos 2010. 5.15 petang: Menyampaikan ceramah bertajuk Ketuanan Melayu kepada kira-kira 700 orang pelajar semester satu yang mengambil kokurikulum Kesatria Negara. Pelajar-pelajar harus sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pemangkin pembangunan negara dan pewaris kepada ketuanan di negara mereka sendiri

KURSUS KAUNTER CEMERLANG MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN PERAK






















24 Ogos 2010. Menyampaikan ceramah dan mengendalikan kursus sehari Perkhidmatan Kaunter Cemerlang untuk Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Kursus tersebut telah diadakan di dewan Rumah Rehat Teluk Intan Perak. Seramai 50 kakitangan sokongan MPTI telah mengadiri kursus tersebut. Kursus yang bermula pada pukul 8 pagi dan tamat pada pukkul 4 petang telah ditutup dengan rasminya oleh YDP MPTI. Kursus memberikan penekanan berkaitan dengan konsep kaunter, elemen-elemen perkhidmatan kaunter dan teknik komunikasi serta pengurusan pelanggan berkesan.

KURSUS PROJECTS AND PRESENTATION SKILLS ANJURAN OCMA UiTM PERAK




22 Ogos 2010 . Kursus Tersebut telah diadakan di Dewan Seri Iskandar UiTM Perak anjuran Persatuan Penggerak Mahasiswa (OCMA) UiTM Perak. Seramai kira-kira 100 orang siswa/siswi telah mengikuti kursus tersebut. Menyampaikan ceramah bertajuk 'How to prepare good project paper" dan "Presentation skills".

Saturday, August 7, 2010

CERAMAH MOTIVASI DAN PELAJAR CEMERLANG DI KEM DATO' SAGOR
















7 Ogos 2010 : Menyampaikan ceramah motivasi dan kecmerlangan pelajar. Anjuran Puspanita Perak Tengah. Seramai 40 orang pelajar dari Sekolah Menengah Dato' Maharajalela, Kampung Gajah. Program tersebut telah diadakan di Kem Dato' Sagor Kampung Gajah Perak. Penekanan diberikan terhadap persiapan dan persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM dari segi Mental, jasmani, emosi, rohani dan intelek.





Friday, August 6, 2010

CERAMAH KEMAHIRAN INSANIAH (LPPKP) UiTM PERAK











5 Ogos 2010 : Menyampaikan ceramah Modul LPPKP (Kemahirann Insaniah) bertajuk Peranan dan Tanggungjawab Mahasiswa dan Kemahiran Belajar untuk pelajar-pelajar UiTM Perak. Seramai 1500 orang pelajar semester satu telah mengikuti program tersebut. Ceramah telah diadakan di dewan Seri Iskandar baru UiTM Perak. Memberi penekanan tentang peranan yang perlu dimainkan oleh para pelajar serta tanggungjawab mereka kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara, UiTM dan Agama.




CERAMAH MOTIVASI & KEMAHIRAN BELAJAR KAMPUNG PLANG GERIK








30 Julai 2010 : Ceramah motivasi dan kemahiran belajar telah diadakan untuk anak-anak Kampung Plang Gerik. Seramai kira-kira 50 orang pelajar telah hadir sempena program Komander Kesatria UiTM Perak. Diketuai oleh En. Zamahari. Ceraamah tersebut memberi penekanan berkenaan dengan persediaan dan persiapan minda, fizikal dan emosi pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.




Friday, July 23, 2010

CERAMAH MENGHADAPI DUNIA PEKERJAAN







Ceramah untuk pelajar-pelajar tahun akhir UiTM yang akan menghadapi dunia pekerjaan. Diadakan pada 23 Julai 2010 di dewan Seri Iskandar UiTM Perak. Seramai 200 pelajar telah terlibat dalam program tersebut. Ia adalah merupakan salah satu modul dalam Program Pembangunan Pelajar yang dirangka oleh pihak Universiti. Bertujuan untuk memberikan 'soft skills' kepada pelajar UiTM. Penekanan diberikan kepada persediaan menghadapi temuduga, cara berpakaian dan teknik temuduga yang berkesan. Pendedahan juga diberikan berkaitan dengan etika di meja makan.

Wednesday, July 21, 2010

KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN JKR IPOH




Kursus Komunikasi Berkesan JKR Ipoh telah diadakan pada 20 Julai 2010. Kursus sehari ini memberikan penekanan kepada konsep komunikasi intrapersonal, interpersonal dan keberkesanan komunikasi dua hala. Diketuai oleh Puan Hajjah Zaharah Jalil, seramai 60 orang peserta telah mengikuti kursus dengan jayanya. Berperanan sebagai penceramah dan fasilitator, dalam membincang dan memperhalusi konsep komunikasi berkesan serta menilai diri bagaimana komunikasi dapat di perbaiki di peringkat jabatan dan organisasi.


Monday, July 5, 2010

KURSUS PEMBENTUKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG UiTM PERLIS







Kursus tersebut telah diadakan pada 2 Julai 2010, di Pusat latihan Staf Kampung Gajah Perak. Menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Perubahan kepada staf sokongan kumpulan C dan D. Menekankan keperluan perubahan minda, sikap dan keupayaan dalam menangani perubahan organisasi. Kursus tersebut telah dipimpin oleh En. Zulkifli Suhaimi, Timbalan Pendaftar kanan UiTM Perlis.

Saturday, July 3, 2010

IDEA PERNIAGAAN DAN JATIDIRI USHAWAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN PERAK TENGAH







Julai 1 2010. Menyampaikan Ceramah bertajuk ide-ide Perniagaan dan Jatidiri Ushawan kepada ushawan-ushawan tani PPK perak Tengah. Bertempat di dewan orang ramai Bota. Memberikan penekanan tentang mencari idea baru peluang perniagaan dan perlunya sikap istikamah (komited) dalam menjalankan perniagaan atau sebagai ushawan tani.

Saturday, June 26, 2010

KURSUS KESEDARAN DAN MOTIVASI KWSP (EPF) SRI MANJUNG





























JUN 2010. Kursus kesedaran dan motivasi staf KWSP Sri Manjung telah dilaksanakan pada Jun 2010. Seramai 23 orang staf telah terlibat, diketuai oleh En mohd Amin Mat Isa. Kursus ini menekankan pengelibatan staf dalam usaha untuk mempertingkatkan imej dan keberkesanan organisasi. Tiga dimensi telah menjadi fokus kursus iaitu Kesedaran dan pemantapan kecekapan staf, pengurusan pelanggan terutamanya pelanggan dalaman dan Semangat kerja berpasukan. Kursus sehari telah dijalankan dengan dibantu oleh Muhammad Anas.






















Sunday, May 23, 2010

KURSUS TEAMWORK & MOTIVATION MAA IPOH






Kursus Teamwork & motivation untuk staff MAA Ipoh telah di adakan pada 22 mei 2010. Staf teknikal dan pentadbiran dari cawangan Ipoh, teluk Intan dan seri Manjung. Dibantu oleh Anas dan Affiq. Kursus satu hari menekankan konsep penambahbaikan berterusan untuk diri, kumpulan dan organisasi.