WELCOME TO MY BLOG : MY TRAINING ACTIVITIES

SELAMAT DATANG UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN:

KURSUS DAN LATIHAN PEMBANGUNAN INSAN ADALAH MERUPAKAN AKTIVITI SAMPINGAN DAN JUGA TANGGUNGJAWAB SOSIAL, DI SAMPING MERUPAKAN HOBI DI WAKTU ADA KELAPANGAN.

About Me

Seri Iskandar, Perak, Malaysia
Married with four kids. Wife - Nor Asiha Alias

Sunday, January 31, 2016

KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF

28 - 31 Jan 2016 - UiTM Perak telah menganjurkan kursus KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF untuk pemimpin-pemimpin pelajar. Bertempat di Institut Latihan Universiti Kg Gajah seramai 40 orang mahasiswa telah terlibat. Terlibat sebagai ketua fasilitator kursus ini telah dijayakan bersama En. Shefek Afendi, En Ahmad Kamal dan Pn Hasnida. Pengisiannya adalah Kepimpinan dan Peranannya, Pengurusan Organisasi, Teknik Mesyuarat berkesan dan Pengurusan Pelanggan.


Thursday, January 21, 2016

PROGRAM LATIHAN INTENSIF STAF INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKAN UiTM

20 OKTOBER 2013 - program tersebut telah di adakan di Pusat Latihan Staf UiTM kampung Gajah. Dijemput sebagai penceramah bagi tajuk "Kemahiran Berkomunikasi" bagi kakitangan RMI.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA UiTM

Setelah tidak update selama 3 tahun. Kini cuba update semula.

Setelah menerima surat lantikan " PELANTIKAN SEBAGAI PENCERAMAH FASILITATOR PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 7-11 DIS 2015" bertempat di Institut Latihan Universiti Kampung Gajah, tanggungjawab dilaksanakan. Ini adalah PTM kali ke16 yang mana saya terlibat dalanm semua siri tersebut. Memberi ceramah bertajuk "Budaya Kerja Kelas Pertama : Pemikiran kreatif dan Inovatif" kepada 70 orang Pensyarah baru.