8 OKTOBER 2016 - Menerima jemputan untuk memberikan ceramah bertajuk Motivasi Staf - Meningkatkan Budaya Kerja Cemerlang" dari Lembaga Air Perak. Kursus Peningkatan Kualiti Kerja Pengurusan Kewangan Lembaga Air Perak Sesi 1/2016 telah diadakan di Marina Island Pangkor Resort Hotel.
Seramai 31 orang Pembantu Tadbir kewangan telah mengikuti kursus ini dengan jayanya. Terima kasih kepada Cik Aisah Binti Mohamed Ali Jinah selaku pegawai seranta yang banyak membantu.
About Me
- MD LEHAN PARIMUN
- Seri Iskandar, Perak, Malaysia
- Married with four kids. Wife - Nor Asiha Alias
Tuesday, October 11, 2016
22 SEPTEMBER 2016. - Buat kesekian kalinya diberi kepercayaan untuk berkongsi fikrah dan pandangan bersama staf UiTM yang akan disahkan dalam Jawatan. Kali ini bersama kira-kira 90 kakitangan Pelaksana dari seluruh sistem UiTM. Program Transformasi Minda Ke19 telah dilaksanakan di ILU Kampung Gajah Perak. Diberi tanggungjawab untuk menyampaikan ceramah "Perkhidmatan Awam Malaysia - Satu Overview". Pada sebelah malamnya ditugaskan untuk mengetuai Program LDK. Program tulah dilaksanakan dengan jayanya.
Sunday, April 3, 2016
KURSUS KEPIMPINAN MUDA FAKULTI SAINS GUNAAN SHAH ALAM
26 Nac 2016 - Dilantik untuk menjadi Panel Forum "Kepemimpinan Inovatif dan KeUsahawanan" FSG, bersama sahabat lama sdra Faiz Alwi Pengetua Kolej Melati. seramai 90 orang pemimpin pelajar diiringi oleh En Fairus Mohd Darus, telah mengikuti program tersebut di Hotel Impiana Ipoh Perak.
ANUGERAH BELIA DAN WANITA PERINGKAT NEGERI PERAK
9 Mac 2016 - Dilantik mengetuai Panel Penilai Anugerah Belia dan Wanita Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak. Seramai 26 calon dari seluruh negeri Perak menghadiri sesi temuduga dan pembentangan.
Sunday, February 28, 2016
KURSUS KOMUNIKASI PERNIAGAAN AKADEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA
27 Feb 2016 - Dijemput untuk memberikan ceramah untuk Kursus komunikasi Perniagaan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah Perak. Diberi tanggungjawab untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Konsep Komunikasi Dalam Perniagaan", "Pengurusan pelanggan yang Berkesan" dan Komunikasi Berkesan".
Seramai 41 orang peserta dari IKBN Seri Iskandar dan Institut Kemahiran MARA Parit telah mengikuti kursus tersebut.
Seramai 41 orang peserta dari IKBN Seri Iskandar dan Institut Kemahiran MARA Parit telah mengikuti kursus tersebut.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM-17) UiTM
23 Jan 2016. - Di Jemput selaku Penceramah dan Fasilitator bagi Program Transformasi Minda (PTM/17) UiTM. Bertempat di Institut Latihan Universiti kampung Gajah Perak. Seramai 90 orang staff pelaksana telah mengikuti
program tersebut. Tajuk ceramah adalah "Budaya Kerja Kelas Pertama : Pemikiran Kritis dan Inovatif". Pada sebelah malam telah mengetuai LDK untuk para peserta.
program tersebut. Tajuk ceramah adalah "Budaya Kerja Kelas Pertama : Pemikiran Kritis dan Inovatif". Pada sebelah malam telah mengetuai LDK untuk para peserta.
Sunday, January 31, 2016
KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF
28 - 31 Jan 2016 - UiTM Perak telah menganjurkan kursus KURSUS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF untuk pemimpin-pemimpin pelajar. Bertempat di Institut Latihan Universiti Kg Gajah seramai 40 orang mahasiswa telah terlibat. Terlibat sebagai ketua fasilitator kursus ini telah dijayakan bersama En. Shefek Afendi, En Ahmad Kamal dan Pn Hasnida. Pengisiannya adalah Kepimpinan dan Peranannya, Pengurusan Organisasi, Teknik Mesyuarat berkesan dan Pengurusan Pelanggan.
Thursday, January 21, 2016
PROGRAM LATIHAN INTENSIF STAF INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKAN UiTM
20 OKTOBER 2013 - program tersebut telah di adakan di Pusat Latihan Staf UiTM kampung Gajah. Dijemput sebagai penceramah bagi tajuk "Kemahiran Berkomunikasi" bagi kakitangan RMI.
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA UiTM
Setelah tidak update selama 3 tahun. Kini cuba update semula.
Setelah menerima surat lantikan " PELANTIKAN SEBAGAI PENCERAMAH FASILITATOR PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 7-11 DIS 2015" bertempat di Institut Latihan Universiti Kampung Gajah, tanggungjawab dilaksanakan. Ini adalah PTM kali ke16 yang mana saya terlibat dalanm semua siri tersebut. Memberi ceramah bertajuk "Budaya Kerja Kelas Pertama : Pemikiran kreatif dan Inovatif" kepada 70 orang Pensyarah baru.
Setelah menerima surat lantikan " PELANTIKAN SEBAGAI PENCERAMAH FASILITATOR PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 7-11 DIS 2015" bertempat di Institut Latihan Universiti Kampung Gajah, tanggungjawab dilaksanakan. Ini adalah PTM kali ke16 yang mana saya terlibat dalanm semua siri tersebut. Memberi ceramah bertajuk "Budaya Kerja Kelas Pertama : Pemikiran kreatif dan Inovatif" kepada 70 orang Pensyarah baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)