WELCOME TO MY BLOG : MY TRAINING ACTIVITIES

SELAMAT DATANG UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN:

KURSUS DAN LATIHAN PEMBANGUNAN INSAN ADALAH MERUPAKAN AKTIVITI SAMPINGAN DAN JUGA TANGGUNGJAWAB SOSIAL, DI SAMPING MERUPAKAN HOBI DI WAKTU ADA KELAPANGAN.

About Me

Seri Iskandar, Perak, Malaysia
Married with four kids. Wife - Nor Asiha Alias

Sunday, June 26, 2011

KURSUS PENGURUSAN PEJABAT - FELCRA SEBERANG PERAK




































20 Jun 2011 : Kursus Pengurusan pejabat staf Felcra Seberang Perak telah diadakan pada 20 - 23 Jun 2011. Kursus tersebut telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Pasir Salak bertempat di dewan kuliah utama KKPS. Memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan dengan susun atur pejabat, ergonomik dan kesihatan pekerja, pengurusan rekod dan fail serta pengurusan mesyuarat dan mengambil minit mesyuarat. Berperanan sebagai penceramah kursus tersebut telah dijalankan dengan bantuan Tn Hj Shefek Afendi.

Friday, June 24, 2011

KURSUS PENGURUSAN PEJABAT FELCRA SEBERANG PERAK

20 jUN 2011: Kursus Pengurusan Pejabat yang merangkumi susun atur perabut dan peralatan pejabat,

CERAMAH PENGURUSAN ORGANISASI




19 Jun 2011 : Ceramah bertajuk Pengurusan Organisasi. Mengupas kepentingan pengetahuan dan kemahiran pengurusan dan konsep POLC dalam pengurusan organisasi. Berperanan sebagai penceramah kepada kira-kira 300 orang pelajar UiTM perak bagi memenuhi keperluan program Pembangunan Pelajar. Pelajar didedahkan dengan konsep serta kemahiran pengurusan dalam usaha untuk memberikan kemahiran insaniah (soft skills) kepada mahasiswa universiti. Ceramah berlangsung di Dewan kuliah Utama bangunan Akademik UiTM Perak.

CERAMAH KEPIMPINAN MODUL PPP PART 3




18 Jun 2011: Menyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan Organisasi kepada kira-kira 300 orang pelajar semester 3. Ini adalah merupakan program wajib bagi pelajar-pelajar semester 3 UiTM. Ia sebahagian dari modul latihan program pembangunan dan kepimpinan pelajar bagi melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran insaniah (soft skills).