About Me
- MD LEHAN PARIMUN
- Seri Iskandar, Perak, Malaysia
- Married with four kids. Wife - Nor Asiha Alias
Tuesday, December 21, 2010
PARTICIPANTS' DEVELOPMENT PROGRAM EMBA 10 &11 UiTM PERAK
Participants' Development Program adalah merupakan program wajib bagi para pelajar Executive Master Business Administration. Bagi pelajar EMBA 10 dan 11 UiTM Perak, program tersebut telah diadakan pada 18 da 19 Disember, bertempat di Swiss Garden Golf Resort and Spa Damai Laut Lumut Perak. Berperanan sebagai Pengarah program dan ketua fasilitator, program tersebut telah dilaksanakan dengan bantuan En. Hatta, En Mohd Afandi, En. Nasir dan En Azmi dengan bantuan pembantu fasilitator (Anas dan Hasnan). Program tersebut telah diketuai oleh PM Dr. Norlida Mohd Noor (koordinator EMBA/DBA). Objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan pengurusan masa, kerja berkumpulan, mampu bekerja dalam tekanan, perkongsian kemahiran kebolehan dan sumber.
Thursday, December 16, 2010
KURSUS TRAINING OF TRAINERS MODUL KENEGARAAN
Kursus TOT modul kenegaraan UiTM Perak telah diadakan pada 8 hingga 10 Disember 2010 di UiTM BandarayanMelaka. Seramai 80 orang pensyarah dan staf pentadbiran telah mengikuti kursus tersebut. kursus tersebut melatih fasilitator untuk mengendalikan modul kenegaraan bagi pelajar UiTM Perak. Bertindak sebagai trainers/fasilitator bersama lima orang fasilitator lain yang diketuai oleh En Idrus Abd Shukor, kursus tersebut telah selamat dilaksanakan dengan jayanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)