WELCOME TO MY BLOG : MY TRAINING ACTIVITIES

SELAMAT DATANG UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN:

KURSUS DAN LATIHAN PEMBANGUNAN INSAN ADALAH MERUPAKAN AKTIVITI SAMPINGAN DAN JUGA TANGGUNGJAWAB SOSIAL, DI SAMPING MERUPAKAN HOBI DI WAKTU ADA KELAPANGAN.

About Me

Seri Iskandar, Perak, Malaysia
Married with four kids. Wife - Nor Asiha Alias

Sunday, October 24, 2010

MAJLIS ETIKA DI MEJA MAKAN FPTP UiTM PERAK



15 Oktober 2010. Majlis Etika di meja makan telah diadakan di hotel Syuen Ipoh. Seramai 140 orang pelajar tetlah menghadiri majlis tersebut di ketuai oleh Pn Hajjah Kalsom Abd. Rahim koordinator kursus OMT 100. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua koordinator fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat UiTM Perak En. Md Lehan bin Parimun.
Majlis ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang etika di meja makan, sebagai sebahagian dari silibus kursus Personaliti Development bagi pelajar semester satu.

Thursday, October 14, 2010

KURSUS PERSONALITY DEVELOPMENT PENSYARAH FSKM UiTM PERAK

Kursus tersebut telah diadakan pada 8 Oktober 2010 bertempat di dewan mini CS. Seramai lebih kurang 50 orang pensyarh Fakulti Sains komputer dan Matematik telah mengikuti kursus tersebut. Ia telah disertai sama oleh pensyarah dari Fakulti Perakaunan dan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Ditugaskan untuk memberi ceramah berkaitan dengan pembangunan personaliti yang positif dan unggul. Personaliti yang baik akan mempengaruhi pergaulan, penampilan serta penonjolan individu di kalangan rakan sekerja dan juga masyarakat. Ia mempengaruhi proses penerimaan masyarakat terhadap seseorang individu serta mempengaruhi proses kenaikan pangkat dalam pekerjaan. Tiga aspek personaliti ynag diberi penekanan adalah "Personality development", "Social skills" dan "people skills". Kursus ini telah dirasmikan oleh En Nadzri Mohammad Ketua Koordinator fakulti sains Komputer dan Matematik UiTM Perak.