WELCOME TO MY BLOG : MY TRAINING ACTIVITIES

SELAMAT DATANG UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN:

KURSUS DAN LATIHAN PEMBANGUNAN INSAN ADALAH MERUPAKAN AKTIVITI SAMPINGAN DAN JUGA TANGGUNGJAWAB SOSIAL, DI SAMPING MERUPAKAN HOBI DI WAKTU ADA KELAPANGAN.

About Me

Seri Iskandar, Perak, Malaysia
Married with four kids. Wife - Nor Asiha Alias

Sunday, September 26, 2010

KURSUS BINA INSAN (SURVIVAL 5) FAKULTI PERAKAUNAN UiTM PERAK
















Kursus Bina Insan (Survival 5) Fakulti Perakaunan UiTM Perak bagi siswa/siswi semester 4 Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian telah diadakan pada 24-26 September 2010. Dipengerusikan oleh Pn Maizura, kursus ini telah diadakan di Nur Lembah Lenggung. Seramai kira-kira 75 orang pelajar telah mengikuti kursus tersebut. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan persediaan minda, fizikal dan emosi bagi mengharungi kehidupan sebagai mahasiswa. Penekanan diberikan terhadap konsep mengenali kekuatan dan kelemahan diri dan menyusun strategi untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang. Menanam sikap positif dan komunikasi yang asertif serta berkesan juga konsep bekerja sebagai satu kumpulan adalah merupakan objektif kursus ini. Berperanan sebagai trainer dan fasilitator, kursus ini telah mendapat maklumbalas yang positif dari kalangan para peserta.